Tuesday, 12 February 2013

~ Bersahabat Sampai Ke Syurga ~

Untuk mencapai  amalan bersahabat 'sampai ke syurga', persahabatan itu mestilah mengikut apa yang digariskan atau berpandukan dengan syariat islam. Biar sedikit kita bersahabat, tetapi semua sahabat kita itu berkualiti dan sentiasa saling mengingati. Jom~! mari kita bersahabat sampai ke syurga. insyaAllah~ Faham-fahamkanlah ayat-ayat dalam kitab al-Qur'an ni :
  • Ikhlas Dalam Persahabatan
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Syura ayat 23 yang bermaksud : " Itulah yang Allah gembirakan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Katakanlah : Aku tidak meminta kepadamu upah untuk ajaran Islam yang aku sampaikan itu, melainkan kasih mesra disebabkan pertalian kerabat. Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu yang baik, kami tambahkan kebaikan baginya kebaikan itu. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya. "

  • Tidak Bersangka Buruk
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Hujurat ayat 12 yg bermaksud : Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari kesalahan orang dan janganlah setengahnya kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah kamu suka makan saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah Penerima taubat. lagi maha mengasihani.

  • Saling Menasihati Dalam Persahabatan
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Nisa' ayat 114 yang bermaksud :  Tidak ada kebaikan pada kebanyakkan bisikan-bisikan mereka, kecuali orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kami akan memberi pahala yang besar .

  • Sentiasa Memaafkan
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Nisa' ayat 148 yang bermaksud:" Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau sembunyikannya atau kamu memaafkan kesalahan, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf, lagi Maha Kuasa. "

  • Menjaga Suara Dalam Persahabatan
Firman Allah s.w.t dalam surah Luqman ayat 19 yang bermaksud :" Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu, sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. "

No comments:

Post a Comment