Friday, 19 August 2016

LONG TIME NO SEE !

 Assalamualaikum Warahmatullah and HI ! its been a longgggg time isn't it? I came just to visit tapi tetiba pulak tertekan 'new post'. HAHA


Today. I'm fine. As always. 

Saturday, 4 January 2014

Istiqamah Itu Penting


Yang membezakan antara orang yang gagal dengan berjaya bukan bakat atau kepandaiannya, tetapi sifat konsistennya (istiqamah). Sesiapa yang lebih istiqamah akan berjaya walaupun ilmu dan bakatnya tidak tinggi.

No matter how knowledgeable you are, there are always more knowledgeable than you. Janganlah apabila kita berjaya dalam satu hal, kita terus angkuh dan riak. Ingatlah semua insan itu mempunyai kelebihan masing-masing.

Bakat Tinggi + Ilmu Tinggi - Istiqamah = GAGAL

Bakat Sederhana + Ilmu Sederhana + Istiqamah = BERJAYA


Tuesday, 12 February 2013

~ Bersahabat Sampai Ke Syurga ~

Untuk mencapai  amalan bersahabat 'sampai ke syurga', persahabatan itu mestilah mengikut apa yang digariskan atau berpandukan dengan syariat islam. Biar sedikit kita bersahabat, tetapi semua sahabat kita itu berkualiti dan sentiasa saling mengingati. Jom~! mari kita bersahabat sampai ke syurga. insyaAllah~ Faham-fahamkanlah ayat-ayat dalam kitab al-Qur'an ni :
  • Ikhlas Dalam Persahabatan
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Syura ayat 23 yang bermaksud : " Itulah yang Allah gembirakan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Katakanlah : Aku tidak meminta kepadamu upah untuk ajaran Islam yang aku sampaikan itu, melainkan kasih mesra disebabkan pertalian kerabat. Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu yang baik, kami tambahkan kebaikan baginya kebaikan itu. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya. "

  • Tidak Bersangka Buruk
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Hujurat ayat 12 yg bermaksud : Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari kesalahan orang dan janganlah setengahnya kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah kamu suka makan saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah Penerima taubat. lagi maha mengasihani.

  • Saling Menasihati Dalam Persahabatan
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Nisa' ayat 114 yang bermaksud :  Tidak ada kebaikan pada kebanyakkan bisikan-bisikan mereka, kecuali orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kami akan memberi pahala yang besar .

  • Sentiasa Memaafkan
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Nisa' ayat 148 yang bermaksud:" Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau sembunyikannya atau kamu memaafkan kesalahan, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf, lagi Maha Kuasa. "

  • Menjaga Suara Dalam Persahabatan
Firman Allah s.w.t dalam surah Luqman ayat 19 yang bermaksud :" Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu, sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. "

Tuesday, 13 November 2012

Ashabul Kahfi, Siapakah mereka? ?


Hari ne saya nak share serba sedikit tentang Ashabul Kahfi. Tp saya akan tulis seringkas-ringkasnya. yang penting korang tau siapa mereka ne dan dpt faham. okayyy?

Ashabul Kahfi ialah sekumpulan orang beriman yang hidup pada zaman raja Diqyanus (245 - 251 Masihi) di Rom, iaitu beberapa tahun selepas Nabi Isa diutus. Mereka terdiri daripada tujuh orang yang mempunyai cara hidup dan jenis pekerjaan yang berlainan. Mereka hidup dalam masyarakat yang menyembah berhala. ketika raja mengetahu ada sekumpulan rakyatnya yang tidak menyembah berhala, maka raja menjadi marah, lalu memanggil mereka dan memerintahkan mereka supaya mengikut kepercayaan raja. Tetapi, Ashabul Kahfi menolak dan melarikan diri. Mereka dikejar dan cuba dibunuh. Ketika mereka melarikan diri daripada pasukan raja, mereka sampai di sebuah gua yang kemudiannya dijadikan sebagai tempat persembunyian. Dengan izin Allah, mereka ditidurkan selama 309 tahun di dalam gua itu dan dibangkitkan kembali ketika masyarakat dan raja mereka sudah berganti menjadi masyarakat dan raja yang beriman.......... 


Tuesday, 25 September 2012

muhasabah diri


Hidup ini umpama roda, kadang kadang kita di atas dan kadang kadang kita di bawah, kemiskinan tak kan abadi, kekayaan pun tak kan kembali, kesedihan tak kan abadi, kegembiraan pun tak kan abadi, ianya berputar putar dan akan menyapa kehidupan kita secara bergilir gilir, oleh itu Allah menguji kita dengan pelbagai ujian untuk melihat sejauh mana ketabahan kita mengharungi segala ujian Allah ^_^'

#Sayang Allah ♥ Semoga hidup kita diberkatiNya.. insyaAllah~ teruskn berdoa dan melakukan ibadat kepada-Nya wahai sahabat.. InsyaAllah kita akn sentiasa berada di jalan yg benar.. 

Tuesday, 18 September 2012

kisah Mus'ab Bin Umair


Mus’ab bin ‘Umair adalah sahabat Rasulullah yang sangat terkenal dan menjadi teladan kepada umat Islam sepanjang zaman.

Sebelum memeluk Islam lagi Mus’ab terkenal sebagai orang yang berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Malah dia selalu berlawan dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Mus’ab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya. Ringkas kata kemewahan dan kekayaan merupakan cara hidup beliau sejak daripada kecil.

Mus’ab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik beradiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah menghairankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Mus’ab telah menganut Islam.

Ibu dan ayahnya telah mengurung dan menyeksa Mus’ab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Bagaimanapun tindakan itu tidak sedikit pun melemahkan keyakinannya. Pujukan dan ancaman ibunya tidak berkesan. Mereka sudah habis ikhtiar lalu membebaskannya buat sementara.

Tindakan ibunya tidak sedikit pun menimbulkan rasa takut pada Mus’ab, sebaliknya dia tidak jemu-jemu memujuk ibunya memeluk Islam kerana kasih pada ibunya. Mus’ab membuat pelbagai ikhtiar tetapi semua tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya.

Pada suatu hari Mus’ab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesi. Dia pun bertanyakan sebabnya. Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahawa dia tidak akan makan dan minum sehingga Mus’ab meninggalkan Islamnya.

“Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali”.

Inilah jawapan seorang mukmin sejati yang mempunyai tahap keyakinan yang begitu tinggi kepada Allah SWT. Inilah hasil didikan baginda Rasulullah SAW pada generasi awal yang terdahulu.

Apa lagi lemahlah siibu mendengar jawapan si anak. Dengan jawapan tersebut juga, Mus’ab dihalau daripada rumah ibunya. Tinggallah Mus’ab bersama-sama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang sangat daif ketika itu.

Untuk meneruskan kehidupannya, Mus’ab berusaha sendiri bekerja mencari nafkah dengan menjual kayu api. Apabila sampai berita ini kepada ibunya, dia merasa amat marah dan malu kerana kebangsawanannya telah dicemari oleh sikap Mus’ab. Adik-beradik Mus’ab juga sering menemui dan memujuknya supaya kembali menyembah berhala. Tetapi Mus’ab tetap mempertahankan keimanannya.

Sewaktu ancaman dan seksaan kaum Quraisy ke atas kaum Muslim menjadi-jadi, Rasulullah telah mengarahkan supaya sebahagian sahabat berhijrah ke Habysah. Mus’ab turut bersama-sama rombongan tersebut. Sekembalinya dari Habsyah, keadaan beliau semakin berubah. Kurus kering dan berpakaian compang-camping. Keadaan itu menimbulkan rasa sedih di dalam hati Rasulullah. Kata-kata Rasulullah mengenai Mus’ab sering disebut-sebut oleh sahabat:

“Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Mus’ab seorang pemuda yang hidup mewah di tengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya”.

Apabila ibu Mus’ab mendapat tahu mengenai kepulangannya, dia memujuk anaknya supaya kembali kepada berhala. Dia mengutuskan adik Mus’ab yang bernama al-Rum untuk memujuknya. Namun Mus’ab tetap dengan pendiriannya. Bagaimanapun tanpa pengetahuan ibunya, al-Rum juga sudah memeluk Islam tetapi dia merahsiakannya. Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Mus’ab ditugaskan memegang panji-panji Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Mus’ab tetap tidak berganjak dari tempatnyadan menyeru:

“Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul”.

Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qami’ah menyerbu ke arah Mus’ab dan melibas tangan kanannya yang memegang panji-panji Islam. Mus’ab menyambut panji-panji itu dan memegang dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qami’ah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Mus’ab terus menyambut dan memeluk panji-panji itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qami’ah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Mus’ab sebagai syuhada’ Uhud.Abu al-Rum, Amir ibn Rabi’ah dan Suwaibit ibn Sa’d telah berusaha mendapatkan panji-panji tersebut daripada jatuh ke bumi. Abu Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Mus’ab. Abu Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup mayat Mus’ab. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air matanya. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur :

Apabila ditarik ke atas, bahagian kakinya terbuka.Apabila ditarik ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu.

Demikian kisah kekuatan peribadi seorang hamba Allah dalam mempertahankan kebenaran dan kesucian Islam. Kisahnya mempamerkan usaha dan pengorbanannya yangtinggi untuk menegakkan kebenaran. Semua itu adalah hasil proses tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah.

Mus’abtelah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan. Mus’ab lebih mengutamakan kehidupan Islam yang serba sederhana dan kekurangan berbanding darjat dan kehidupan yang mewah. Dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam,meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah zahir dan batin untuk mengambil kehebatan ukhrawi yang sejati sebagai bekalan kehidupan dalam perjuangan yang tidak pernah padam.

miskin dan kaya


ingat nie "orang Miskin yang menutup Aurat adalah lebih Kaya daripada orang Kaya yang tidak menutup Aurat"...

#peringatan buat diri sendiri dan org lain.. tutuplah aurat biarpn terpaksa.. ^^