Saturday, 4 August 2012

sahabat sahabat~


Orang dulu-dulu pernah berkata, jika kita hendak tahu perangai seseorang itu, lihatlah bagaimana sahabat atau kawan-kawanya. kalau baik sahabatnya, insyaAllah dia memang baik. tapi kalau kawannya itu perangai macam syaitan, maka perangai dia pun besar kemungkinan macam syaitan juga.


So berpada-padalah dalam memilih sahabat atau rakan, kerana merekalah yang akan mempengaruhi kita dalam kehidupan seharian. 

Pilihlah sahabat yang mengingatkan kita kepada Allah. setiap kali kita bersama dia, pasti kita teringat akan Allah. Di saat kita jatuh dan jauh daripada Allah, dialah yang membangkitkan dan dan membawa Allah dekat dengan kita. 

# Semoga Allah dekatkan kita dengan sahabat-sahabat Soleh dan Solehah yang dapat membimbing kita ke arah yang lebih baik, InsyaAllah~


kelebihan org kidal and org yg pakai tangan kanan


Seorang yang menggunakan tangan kiri dikatakan mampu berfikir dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan orang yang menggunakan tangan kanan. Selain daripada itu, hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan Searleman St. Lawrence juga mendapati bahawa tahap IQ orang yang menggunakan tangan kiri adalah lebih tinggi. Kelebihan untuk orang yang menggunakan tangan kanan pula adalah stigma pemikiran masyarakat terhadap mereka adalah lebih positif. Selain itu, orang yang menggunakan tangan kanan juga mudah untuk menggunakan pelbagai peralatan..